Monday, August 29, 2016

Nadiah yahya

Diya,
Kau mungkin tak suka penulisan,
Dan tulisan ini.
Kau barangkali,
Tidakkan membaca pun,
Hingga nokhtah yang paling akhir dihujung nanti.

Namun bukan itu tujuannya,
Kerana hasil usaha manusia sentiasa ada takdirnya,
Takdirnya bukan ditentukan kita,
Tapi Yang Pencipta.

Bak kehidupan,
Esok pun kita mampu dimatikan,
Namun hidup mesti diteruskan.

Anak sulung En Yahya,
Selama perkenalan, aku cuma inginkan keredhaan.
Keputusan memilih jalan ini aku tekad.
Hati dan budimu aku cuba hadam,
Bahasa2 mu aku cuba tafsir,
Hatimu aku cuba dapat,
Rupanya sudah ada putik cinta yang aku segan luahkan.

Kita tidak pernah berpacaran,
Memilih kamu kepada Allah aku bulatkan,
Moga Allah tidak lepaskan,
Diri kita dan urusan kita dari jalan Dia.

Panjang lagi pertunangan kita,
Ke gerbang perkahwinan,
Begitu banyak tugas di senarai,
Selain hanya menu makanan dan gambar untuk dikenang,
Aku masih bimbang,
Membimbingmu dengan agama,
Pelajari ilmu rumah tangga,
Pengurusan kewangan untuk anak2 kita,
Kerana amal ini ibadah,
Akan disoal di hadapan Allah.

Kita masih ada separuh masa kedua,
Ke arah hari bahagia,
Masih jauh jalan kita,
Jalan sebenar yang bukan di akhir nafas dunia,
Tetapi di dalam syurga.

Berdoalah,
Agar Allah sentiasa pelihara kita,
Dari apa yang diminta dijauhi oleh Nabi kita,
Dan Allah kurniakan kita,
Dengan apa yang diminta oleh Nabi kita.

Usahalah kita,
Agar Allah redhai kerja kita,
Dengan kudrat tiada putus asa,
Bagi jalan jalan mereka yang ingin ke syurga.

No comments:

Post a Comment