Melacuri UMNO

-Melacuri UMNO-

Hari ini mereka melabur wang ringgit untuk mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa mereka sibuk untuk menebus pelaburan mereka yang hari ini. Tidak cukup dengan itu, mereka mengaut laba dan keuntungan daripada pelaburan hari ini supaya mereka boleh melabur lebih lagi pada masa akan datang. Dengan itu, mereka beroleh kuasa yang lebih banyak dan begitulah seterusnya...

Itulah pelaburan mereka. Kemudian kita tertanya seperti orang bodoh dan bebal

"Mana hang pa semua satu penggal ni hilang? Tak nampak batang hidung? Masa pertandingan baru nampak muka. Celaka!!"

Apa nak marah? Bukankah kita bersetuju untuk mengaut laba dan ringgit hanya tiga tahun sekali? Biarlah mereka fikir tentang tengkolok dan laba mereka selama tiga tahun yang berkuasa itu. Supaya mereka boleh beri kita lebih lagi tiga tahun akan datang?

Siapa sebenarnya yang celaka memilih mereka? Tiga tahun yang sibuk untuk diri sendiri, bilanya ada masa nak fikir tentang orang Melayu?

UMNO yang lahir di istana dahulunya kini ibarat pelacur. Bila puas guna dibuang, bila dah puas guna posisi A, guna pula dengan posisi B, kemudian C,D dan seterusnya.

UMNO ini, yang di'guna' hanya tiga tahun sekali.

-Afiq Aziz @beruang_putih
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Selangor
2013

Comments

Popular posts from this blog

G7 [Politik]

The Road I Took

Ramadhan Pergi