Monday, June 24, 2013

Blogging

Aku memang teringin untuk menulis dan terus menulis. Kerana tulisan ini pasti diabadikan buat sesuatu yang bermanfaat pada masa hadapan. Jika bukan manfaat untuk ku, pasti manfaat untuk teman,sahabat,dan umat.

Ada kawan dulu pernah beritahu, pernah baca tulisan yang santai begini dan dirasanya sangat senang dan relax. Tidak terlalu berat. Mungkin kerana isinya juga tak sarat. Tapi aku juga mahu menulis akan apa yang ada dalam hati,benak,fikiran, tentang apa yang boleh dijadikan manfaat.

Kata orang, kalau cakap tentang manusia , rendah tarafnya, kurang manfaatnya, tentang peristiwa adalah sederhana . Sebaik baiknya adalah bercakap tentang idea.

Aku mungkin tak dapat lari dari dunia skema yang memang telah dibentuk dari dulu. Memerhati, mencari, menduga dan menyimpulkan. Setiap yang ada di depan mata. Setiap yang didengari telinga. Namun kadangkala dilupa, yang buta bukan mata kepala. Tapi hati yang ada di dalam dada.

Hari ni bila aku buka semula blogspot, semakin sarat dengan pengisian dan template, design. Banyak yang nak kena belajar.

Apa pun menulis bukan paksaan tetapi dalam benak ini pasti ada sesuatu yang difikirkan akan apa sahaja yang terlintas difikiran, menafsirkan deria dengar dan lihat.

Aku berhenti di sini dulu. Sambil berdoa usaha menulis ini boleh dipanjangkan lagi usahanya. Istiqamah. InshaAllah.

~ Melihat dari dua mata. Menulis dari hati.