Posts

Showing posts from August, 2011

Kerajaan pernah iktiraf demonstrasi jalanan

Pada tahun 7 Mac 2009, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berhimpun di jalan raya bagi menuntut kerajaan menghapuskan Proses Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI telah diperkenalkan pada tahun 2003 sebelum Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari pentadbiran kerajaan. Pelbagai tekanan terutama dari pihak Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) diterima pada waktu itu yang mendakwa dasar tersebut mencabuli artikel 152 Pelembagaan Negara. Malah gerakan ini juga disokong kuat pihak pembangkang yang turut berhimpun pada petang 7 Mac tersebut. Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said tidak terlepas dari senarai mereka yang terlibat dalam menyampaikan ketidakpuasan hati walaupun sudah beberapa kali diberi peluang berunding dengan Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Selepas pelbagai tekanan diterima, pihak kerajaan akhirnya