Thursday, January 21, 2010

Pada Siapa Juga?

Dengan NamaNya yang menyusun setiap yang terjadi,
Dengan kuasaNya Qada' dan Qadar percayai,
Prerogratif menyeluruh alam terbentang, luas..

Yang Kufur akan melawan,
Dan Yang Bersyukur Terus bertahan.. mengikat iman..

Kalau bila Cinta sesamamu insan tak lagi kesampaian,
Cinta kepada Rasul-Nya mungkin membuka pertimbangan,
Syafa'at-Nya akan menyelamatkan,
Atas Kasih dan Cinta yang kau beriman

Sedang di mana pula insani mampu,
Hanya juga si penurut,
Meminta berpada ilmu,
Akal ditakhta membias nafsu

Secantik mana imanmu, Akhlak mengikut tak terjemu,
Songsangan minda bayangan gurau, dunia..
Sementara dunia ada, berpaksi..
Selama terbuka cinta, diselami..
Kau menghargai..

-sekadar coretan-