Saturday, September 5, 2009

Jogging Malam Puasa 2

Salam Ramadhan..

baru tadi aku Jogging lagi- trek baru.

Sebenarnya aku dah test dah trek ni Khamis lepas cuma tak lepas pulak Napas nak habiskan!! hahaha..

Surau Kg Melayu Tambahan--> Dewan Seri Melor --> Jalan Dedap --> Simpang 3 Taman TAR--> Hadapan 7 Eleven Ampang Jaya --> Turun bawah ke SMKDAR melalui Jalan Memanda--> Lorong Tanjung/Jln Seraya (Lalu depan rumah Wak Hamdan)--> Jalan Kempas --> Gelanggang Futsal Kg Melayu Tambahan.

Huh.. Hari Khamis aku sampai depan 7E Ampang Jaya dah berhenti.. Tekak kering dada pun rasa sakit sikit.. hehe aku telan air batu buka puasa hari tu.. merase la peritnya..

(ada sorang kawan aku ni,Dirza tegur aku minum 100Plus sejuk lepas Jogging..hehe tu la tak amek ikhtibar.. air batu ni banyak penyakitnya)

so lepas kecewa Khamis lepas aku try lagi malam ni.. trek yang sama.. tak kira la pulak aku berapa Kilo.. mungkin 3 setengah kot.. aku buat benda same lagi masa buka puasa.. dah elok minum air masak sambung pulak minum air Tebu sejuk.. pergghhh senak bisa perut aku terus aku ludah keluar..

sebelum jogging tadi takut jugak.. mana lah tau semput terkena air batu tadi kang terbongkang aku tengah jalan tahan sakit.. tapi aku nekad jugak.. lepas dah strecthing aku pun mulakan langkah dengan Bismillah.. terus striking.. hehe

dah sampai setengah jalan kaki rasa lenguh sikit2 baru aku ingat aku start2 tadi terus striking.. patut nya jog dulu.. aduh.. nak naik bukit Jalan Dedap tu sampai kat ujung.. bukan senang..

masa di SMKDAR rentak dah agak perlahan sebab penat :p haha nak buat macam mane aku bukan atlit.. dada rasa sakit tapi momentum larian dengan rasa sakit masih sederhana.. so aku teruskan lari dengan kelajuan sama.. dah kat Lorong Kempas ada fikir nak berjalan tapi.. aku rasa aku dah mulakan dan aku kena habiskan.. :)

dan.. Alhamdulillah akhirnya aku sampai dengan selamat ke rumah.. masa yang tercatit kat Jam Tangan murah aku 22 minit 40 saat.. hmm InsyaAllah esok aku ukur berapa jauh aku dah lari dalam Trek ni.. apa pun Jantung aku bulan puasa ni masih berfungsi dengan baik walaupun tak main bola petang2.. Alhamdulillah..

dan tak pulak rasa penat boleh lah nak online dan bukak topik malm ni..

-Sekadar berkongsi hobi-

Salam..

Thursday, September 3, 2009

Jogging Malam Puasa

Salam Ramadhan. Tak sempat nak menulis happy Ramadhan kat sini.. ALhamdulillah dah masuk ke bahagian pertengahan Ramadhan kali ini.. 10 malam kedua bermaksud 'mohon keampunan'.. maka inilah peluang kita nak bertaubat dengan sebenar taubat dan memohon sepenuh keampunan kepada Yang Maha Pengampun, Yang Maha Menerima Taubat.. InsyaAllah..

pada malam keenam Ramadhan kali ni aku bertekad nak jogging malam-lepas terawikh walaupun ada sorang kawan tu tegah aku dari bat macam tu..hehehe kata kena culik la takut kena langgar dengan mat rempit la..tapi Bulan Puasa ni aku serah semua pada yang Esa.. memang berat lah sangat rasa badan ni (walaupun ramai kata nampak ringan :P) jadi aku kenalah jugak turun menyarung kasut buruk Reebok aku dan beraksi tengah malam syahdu..huhuhu

mula2 aku pikir nak Jogging kat Taman Tar macam biasa..tapi sekali tu aku habes Teraweh kat Masjid Taman TAR, aku round naik motor..perghh nampak pulak haiwan yang tak menyelerakan sedang berkasih-kasihan dekat sinun..adeh!! BABI HUTAN!!

terbantut niat nak jog malam kat Tmn TAR.. maka aku pun nekad buat dalam Kampung jer..hehe

tepat jam 11 malam aku memanaskan badan depan rumah.. berikut adalah track yang aku lalu..

Kg Melayu Tambahan(depan Surau) --> Simpang Rasmi Jaya --> Naik Jalan Dedap --> Taman Uda Jaya --> Ampang Jaya (Rumah Mingkabau Rais Yatim) --> Belakang Sekolah tembus ke lorong tanjung --> Jalan Kempas --> Kg Melayu Tambahan

huh... aku tengok jam lebih kurang 12 minit la.. hehe

Alhamdulillah.. keluar semua peluh jantan yang pedih2 ni sehat balik badan aku keesokan harinya.. sementara dah dapat momentum ni baik teruskan.. ambil sekali Rahmat Bulan Mulia..

Bulan Puasa jangan cari alasan badan lemah.. makan kena jaga sahur jangan tamak @ takut kebulur.. bersederhanalah.. Berbuka pun ikutlah Sunnah mulakan dengan manis2an.. (Kurma..) dan ambil secara sederhana.. barulah enjin sedap nak berteraweh!! hehe.. kalau duk tibai macam2 rakaat kedua Solat Isya' dah ingat bantal tilam..

Sekian untuk kali ini.. Jaga kesihatan di Bulan Ramadhan.. Cegah H1N1!!

Assalamualaikum..