Posts

Showing posts from August, 2009

PPSMI-Kegilaan Pemansuhannya

Salam Blogger..banyak juga ingin diceritakan dalam bulan ini.. banyak kisah banyak celoteh tapi saya buh yang penting dahulu.. berikut adalah ucapan penangguhan saya semasa Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Ampang. Majlis berlangsung pada 9 Ogos 2009 di Hotel De Palma Ampang. Assalamualaikum. Tahun ini genaplah 10 tahun saya mengikuti perkembangan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Ampang (dahulunya Ampang Jaya). Sejak itu jugalah saya memerhatikan perkembangan ucapan dan idea yang diketengahkan oleh para perwakilan. Sehingga pemilihan tahun lalu, kita diundang dengan pelbagai masalah dalaman. Dan sehingga kini pun ia masih berbunyi. Paluan cerita dalam kelambu terus kedengaran. Orang lain sudah berkisah tentang Sheikh Muzaffar bertehtarik di bulan, Dasar Ekonomi Baru dan Liberalisasi, Pemansuhan Dasar-dasar kerajaan terdahulu dan terbaru apa vaksin untuk penyakit Influenza A H1N1. Di bahagian-bahagian lain, pelbagai isu diputarkan semasa Persidangan Tahunan. Bermacam usul dibe