Posts

Showing posts from June, 2009

ASTRO

Salam.. Kepelbagaian rancangan dapat ditonton, apabila kita melanggan Astro. Ada saluran Tayangan Movie hebat-hebat!! Begitu juga drama-drama Melayu, Indonesia dan Filipina. Astro Box Office pula menayangkan cerita-cerita Melayu yang baru dimainkan di wayang beberapa bulan lepas. Betapa hebatnya saluran-saluran yang dimiliki Astro. Di sebalik saluran-saluran ini, kita terlupa akan saluran ilmiah yang pihak Astro sediakan. Saluran 551-556 mungkin jarang ditonton. Kaum ibu, kalau bab drama memang tak boleh tinggal. Astro Ria, Prima dan Aruna memang menjadi pilihan. Dari drama Melayu sampai lah Tamil, dah jadi makanan seharian. Kanak-kanak pula kalau bukan saluran kartun, tak sah. Astro Ceria, Cartoon Network dan Disney dah melekat di minda mereka. Golongan Remaja pula dah tentu lebih tertarik kepada Saluran cerita dari Barat. HBO,Cinemax dan lain-lain. Saya memandang media ini lebih kepada satu propaganda. Bermakna, bukan sekadar hiburan semata-mata. Selepas menonton, harus difahami apa

Ayah

Salam.. Khamis lalu, lebih kurang waktu macam ni aku dikejutkan dengan berita Ayah ditahan Wad. Sebenarnya pada sebelah pagi, ayah bawa nenek dari Melaka(sebelah ibu) untuk menjalani rawatan di Hospital Pakar Ampang Putri. Aku, bersama seorang Makcik dan Pakcik turut bersama. Ayah hadir lebih awal di APSH untuk mendapatkan temujanji dengan Dr Sakinah. Setelah tiba di APSH, aku jumpa Ayah dengan wajah yang agak sugul dan pucat. Aku tak terfikir apa-apa. Biasalah, tekanan orang Politik. Alhamdulillah. Nenek berjaya mendapatkan rawatan. Ditahan di Wad 537. Setibanya aku dihospital di sebelah petang, terus aku naik ke tingkat 6-bilik 661 yang menempatkan Ayah. Selipar, Baju dan Seluar, Cermin mata ada si salam bilik. Yang tiada orangnya. 15 minit aku tunggu, rasa tak sedap hati. Aku bertanya kepada Jururawat yang menjaga kaunter. Katanya ayah buat 'scoping' di tingkat 2. Aku menunggu. 30 minit kemudian Ibu ada di muka pintu bilik. Katanya "Jom tengok Ayah". Aku tak tahu y